Monday 15 October 2018

SEJARAH 100 TAHUN PENDIDIKAN ISLAM DI JOHOR

Pagi tadi masa Majlis Graduasi SMKA Maahad Muar, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor berkongsi beberapa sejarah menarik.


Kata beliau, Pendidikan Islam di Negeri Johor telah genap 100 tahun pada tahun ini.


Cerita beliau lagi, pada masa dahulu, mana-mana anak-anak yang tidak belajar agama, ibu bapa akan didenda 35 Dollar dan dipenjara beberapa bulan.


Kemudian, sesiapa individu yang tidak belajar ilmu agama, mereka akan didenda 5 Dollar dan dipenjara 14 hari.


Kesemua sekolah-sekolah agama di Johor ini diwujudkan atas perintah Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri ini.


Ini adalah sumbangan terbesar pihak istana untuk menjaga agama Islam di Negeri Johor.


Berikut saya senaraikan secara ringkas sejarah Pendidikan Islam dari dahulu hingga sekarang.


+ 1918 - Pendidikan Islam bermula dengan Sekolah Al-Quran yang tertumpu kepada pembelajaran al-Quran.


+ 1920 - Sekolah Al-Quran ditukar kepada Sekolah Al-Kitab.


+ 1923 - Darjah Khas diperkenalkan sebagai satu lanjutan Sekolah Agama Petang.


+ 1960 - Maahad Johor ditubuhkan.


+ 1988 - Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) ditubuhkan.


+ 1997 - Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) ditubuhkan.


+ 1999 - Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) ditubuhkan.


+ 2001  - Tadika Islam Johor (TAJ) diwujudkan.


+ 2012 - Aktiviti Rutin Merentasi Kurikulum (ARMK) diperkenalkan bagi memperkukuhkan hafazan murid terhadap bacaan amalan harian, fardu ain dan fardu kifayah serta hafazan al-Quran mengikut sukatan pelajaran.


+ 2017 - Kerajaan negeri telah meluluskan pelaksanaan program Johor Pendidikan Islam Digital (JPID) berasaskan teknologi Apple bertujuan melahirkan cendekiawan Islam yang celik teknologi maklumat (IT), luas pengetahuan dan berdaya saing.


Begitulah seterusnya perkembangan Pendidikan Islam di Negeri Johor.


Alhamdulillah, tahniah Johor!


#UstazNamlu

No comments: