Friday 19 October 2018

KAEDAH MENGULANG AL-QURAN SECARA SANTAI

Mengulang al-Quran adalah suatu perkara yang menyeronokkan bagi penghafaz al-Quran.

Antara kaedah santai yang boleh digunakan untuk mengingati ayat al-Quran ialah kita gunakan nama-nama orang sekeliling kita yang terdapat di dalam al-Quran, kemudian kita baca ayat tersebut ketika bertemu, bersemuka atau ingin memanggil namanya.

Contoh nama dan ayat yang saya selalu gunakan apabila bersua dengan kawan saya.

+ Luqman - (Surah Luqman : 13)
  وَإِذْ قَالَ "لُقْمَانُ" لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ

+ Imran - (Surah Imran : 33)
 إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ "عِمْرَانَ" عَلَى الْعَالَمِينَ

+ Ihsan - (Surah Rahman : 60)
 "هَلْ جَزَاءُ "الْإِحْسَانِ" إِلَّا "الْإِحْسَانُ

+ Firdaus - (Surah Kahfi : 107)
 إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ "الْفِرْدَوْسِ" نُزُلًا

+ Izzat - (Surah Sad : 2)
 بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي "عِزَّةٍ" وَشِقَاقٍ

+ Maisarah - (Surah Baqarah : 280)
 "وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ "مَيْسَرَةٍ

+ Khair - (Surah A'la : 17)
 وَالْآخِرَةُ "خَيْرٌ" وَأَبْقَىٰ

+ Ain - (Surah Ghashiyah : 12)
 فِيهَا "عَيْنٌ" جَارِيَةٌ

+ Asma - (Surah A'raf : 180)
 وَلِلَّهِ "الْأَسْمَاءُ" الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا

+ Nisa - (Surah Ahzab : 32)
 "يَا "نِسَاءَ" النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ "النِّسَاءِ

Kesan daripada kaedah ini, kita dapat 2 dalam 1. Mengulang dapat, bersilaturrahim pun dapat.

Ingat konsep ni, tak dapat nak ingat semua, jangan tinggal semua.

Nota :
1. Di atas hanyalah sebahagian nama sahaja.
2. Kalau nama dan ayat untuk perempuan pula, saya hanya nak tunjuk contoh. Jangan fikir macam-macam.
3. Senyum.

Monday 15 October 2018

SEJARAH 100 TAHUN PENDIDIKAN ISLAM DI JOHOR

Pagi tadi masa Majlis Graduasi SMKA Maahad Muar, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor berkongsi beberapa sejarah menarik.


Kata beliau, Pendidikan Islam di Negeri Johor telah genap 100 tahun pada tahun ini.


Cerita beliau lagi, pada masa dahulu, mana-mana anak-anak yang tidak belajar agama, ibu bapa akan didenda 35 Dollar dan dipenjara beberapa bulan.


Kemudian, sesiapa individu yang tidak belajar ilmu agama, mereka akan didenda 5 Dollar dan dipenjara 14 hari.


Kesemua sekolah-sekolah agama di Johor ini diwujudkan atas perintah Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri ini.


Ini adalah sumbangan terbesar pihak istana untuk menjaga agama Islam di Negeri Johor.


Berikut saya senaraikan secara ringkas sejarah Pendidikan Islam dari dahulu hingga sekarang.


+ 1918 - Pendidikan Islam bermula dengan Sekolah Al-Quran yang tertumpu kepada pembelajaran al-Quran.


+ 1920 - Sekolah Al-Quran ditukar kepada Sekolah Al-Kitab.


+ 1923 - Darjah Khas diperkenalkan sebagai satu lanjutan Sekolah Agama Petang.


+ 1960 - Maahad Johor ditubuhkan.


+ 1988 - Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) ditubuhkan.


+ 1997 - Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) ditubuhkan.


+ 1999 - Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) ditubuhkan.


+ 2001  - Tadika Islam Johor (TAJ) diwujudkan.


+ 2012 - Aktiviti Rutin Merentasi Kurikulum (ARMK) diperkenalkan bagi memperkukuhkan hafazan murid terhadap bacaan amalan harian, fardu ain dan fardu kifayah serta hafazan al-Quran mengikut sukatan pelajaran.


+ 2017 - Kerajaan negeri telah meluluskan pelaksanaan program Johor Pendidikan Islam Digital (JPID) berasaskan teknologi Apple bertujuan melahirkan cendekiawan Islam yang celik teknologi maklumat (IT), luas pengetahuan dan berdaya saing.


Begitulah seterusnya perkembangan Pendidikan Islam di Negeri Johor.


Alhamdulillah, tahniah Johor!


#UstazNamlu